PENGENALAN SUBJEK KOKURIKULUM 

Gerak kerja kokurikulum bermatlamat untuk membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin, bersemangat patriotik, berketerampilan dengan semangat sukarelawan, berdaya tahan, mempunyai sifat kepimpinan, bertanggungjawab, berdikari, peka dengan masalah persekitaran, serta mengamalkan gaya hidup sihat di dalam kehidupan seharian sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

 VISI

Membina generasi baru cemerlang melalui aktiviti Kokurikulum

 MISI

1.   Meningkatkan kualiti sumber manusia ke tahap cemerlang melalui aktiviti Kokurikulum.

2.   Pengurusan Kokurikulum yang sistematik dengan perancangan strategik.

3.   Membentuk disiplin dan sahsiah pelajar yang tinggi nilainya melalui aktiviti Kokurikulum.



KELAB DAN PERSATUAN

1. Kelab Kecergasan

2. Kelab Rekreasi

SUKAN DAN PERMAINAN

1. Bola Tampar
2. Bola Keranjang
3. Bola jaring
4. Tenis
5. Badminton
6. Skuasy
7. Ping Pong
8. Sepaktakraw
9. Futsal
10. Bola Baling
11. Softball
12. Petanque
13. Ragbi


 

Peraturan-Peraturan 

1. Pelajar mestilah memakai pakaian yang sesuai semasa menjalani kelas iaitu:-
   -baju biru tua untuk pelajar PST
   -baju oren untuk pelajar PDT
   -memakai seluar trek dan berkasut sukan
2. Pelajar mestilah meminta kebenaran daripada pensyarah untuk menggunakan peralatan sukan.
3. Pelajar hendaklah datang ke kelas tepat pada masa. 
4. Kehadiran ke kelas adalah wajib.
5. Sekiranya berlaku kecemasan seperti kecederaan, pelajar harus segera melaporkannya kepada pensyarah.

Kad Kegiatan Kokurikulum

1. Senaraikan semua aktiviti, jawatan, dan percapaian kedalam kad tersebut.
2. Keseluruhan aktiviti kokurikulum mestilah mempunyai tandatangan mentor/penyelaras aktiviti.

Comments

Popular posts from this blog